28.6.09

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

24.6.09

Salam

Mulai 1 Julai, para pelajar dan guru bolehlah memuat turun soalan-soalan percubaan Biologi tahun 2008 untuk dijadikan latihan... Moga ini dapat memanfaatkan semua.

Bertemu kembali

Salam..

dah lama sungguh tak jenguk blog ini. Kasihan terbiar sepi.. kasihan kepada students yang dahagakan ilmu.. Kasihan pada rakan guru yang ingin berkongsi pengalaman.

InsyaAllah, saya akan update blog ini untuk semua.... Mohon diberi kekuatan

28.5.09

Smoking

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Merokok? Eeeeeee.. taknaklah...



Untuk rakan-rakan guru dan pelajar, saya terjumpa satu blog yang amat menarik tentang merokok dan kesannya. Bolehlah sama-sama kita manfaatkan dalam subjek Biology.

alamatnya : http://smoking2u.blogspot.com/

24.5.09

Terharu II

Assalamualaikum dan salam sejahtera


lama betul tak menjenguk blog ni. Just nak berkongsi cerita dalam minggu lepas. Terpaku bila melihat nukilan anak-anak 5S2 di atas whiteboard. Ucapan Selamat Hari Guru. Ingat juga mereka pada guru-guru yang mengajar..

Terima kasih anak-anak ku :-)

19.5.09

Sesekali aku terfikir

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Melihat gelagat pelajar sewaktu mengawas peperiksaan hari ini, sesekali membuatkan saya terfikir..Adakah impian mereka telah dapat saya penuhi..? Tak terjawab rasanya..
Pelajar-pelajar 4A6 tekun menjawab kertas Matematik 2. Kesungguhan mereka untuk menjawab soalan yang diberikan walau pun tidak memahami kehendak soalan patut dipuji.
5S2. Apa dah jadi? Ramai yang dah syahid......
Tanggungjawab kita sebagai guru .. fikir-fikirkanlah.

18.5.09

Laman untuk guru dan pelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk memudahkan rakan guru dan pelajar, saya telahpun membina dua laman khas yang berkaitan. Untuk rakan gulu, bolehlah mendapatkan bahan-bahan P&P di laman Bahan untuk guru. untuk pelajar-pelajar yang dikasihi, sila klik laman Biology Student's corner.

Bahan untuk guru http://bahanpp.blogspot.com/
Bahan untuk pelajar http://biologynotes-nurhailee.blogspot.com/

buat masa ini masih belum banyak bahan yang dapat dimuatkan. InsyaAllah, saya akan cuba muat turunkan lebih banyak informasi terkini untuk semua.

terima kasih.

Bersyukurkah Aku?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi ini saya menerima satu lagi sms dari rakan sejawat.


Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar
Dia beri kaktus berduri
Aku minta kupu-kupu
Diberinya ulat berbulu
Aku sedih dan kecewa
Namun kemudian
Kaktus itu berbunga indah sekali
Dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik
Itulah jalan TUHAN
Indah pada masa yang ditetapkanNYA
untuk insan seperti kita

Termanggu aku seketika....

17.5.09

Terharu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Semalam banyak ucapan Selamat diterima dari rakan-rakan guru dan belas pelajar. Dalam banyak-banyak sms yang diterima, hati ini cukup tersentuh dengan satu nota...

Mak cakap cikgu macam MAGGiE, makanan rutin time susah
Ayah cakap cikgu macam D'SEEKERS, menakutkan
Atuk cakap cikgu macam ASTRO, macam-macam ada
tapi saya cakap cikgu macam LOREAL, kerana dirimu begitu berharga

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari guru untuk rakan-rakan seperjuangan. "Guru Pembina negara Bangsa"